Popularize Hot: SIGNBOARD  machinery  machine  tools  rack  gift  label  castor  hotel  hotels 

CIE NETWORK SDN BHD

17-48-52-40-26274

CIE Network Sdn Bhd (376228 M)

Background

CIE Network (M) Sdn Bhd (376228 M) was incorporated in 1995. CIE Network is now one of the largest educational systems management and solutions providers in the country, with over 210 learning institutions as a client base. The focus of this company is to reach the students in the schools, transforming education at schools to be more IT focused. With over 30 partners in the computer in education industry CIE has broadened its reach to help achieve the mission of giving “education to everyone, anytime, anywhere and anyplace”.

CIE Network’s core business includes:

·         Project and system implementation

·         Licensing educational solutions

·         Supplying related educational services

Products and Services

The company has an employee base of over 30 personnel, with five offices nation wide to carry out school project implementation and management. CIE Network offers software and service packages for everyone, any time, anyplace, anywhere. CIE Network serves educational institutions through the Smart School project. Since obstacles to computer learning often exist, such as insufficient and unsuitable hardware or software, this project aims to eliminate these obstacles by offering:

·         Easy to own hardware

·         Localized educational software

·         Well-designed system with minimal maintenance

·         Applications ready for future technology integration

·         Affordable fees

The Smart School project consists of three subprojects including School2000, CyberGuru and IMAnet. School2000 was developed with the objective of setting up electronic learning centers at schools where electronics is the basis for teaching and learning. CyberGuru was developed to create a new generation of technologically apt, content rich and proficient teachers. Teachers will be taught basic Internet and contents development skills so that they can integrate technology into their teaching and learning process. This project provides contents and applications for teachers in the areas of teaching (instruction and contents delivery), assessment, remedial, teaching-learning materials, educational tools and administration systems. IMAnet (Instructional, Managerial and Assessment Network) was developed with the objective of extending the School2000 project from the school level to the district and state level. This project provides instructional, managerial and assessment facilities to improve the electronic capabilities at the managerial level within the school system.

PERANAN  ALAT  BANTUAN  MENGAJAR  DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pengenalan.

Keberkesanan dalam melakukan sesuatu perkara selain perancangan, strategi, kepakaran, sumber kewangan, penggunaan peralatan yang digunakan juga memainkan peranan penting. Perkara-perkara  seperti  pengurusan kewangan di bank, pengurusan di pejabat, pengurusan keselamatan, pengurusan perkhidmatan pelanggan, pengurusan ladang serta kilang dan sebagainya banyak bergantung kepada penggunaan alat-alat canggih, moden dan terkini. 

Penggunaan cangkul bagi mengerjakan ladang dibandingkan dengan penggunaan jentera adalah sangat ketara dan besar beza dan kesannya. Bahkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang memiliki kemahiran tinggi dan ‘stamina’ yang baik juga memerlukan peralatan (raket) yang baik untuk memenangi sesuatu kejohanan.

Apa sahaja yang kita inginkan dalam keberkesanan urusan seharian banyak sekali bergantung kepada alatan yang digunakan, lebih canggih alat, lebih baik keberkesanannya. Mahu atau tidak, suka atau tidak, kita secara tidak langsung tidak dapat lari dari penggunaan peralatan sekiranya inginkan keberkesanan dalam urusan kita. Sekiranya kita gagal mengikuti penggunaan peralatan yang moden dan terkini maka tertinggallah kita dan usaha untuk mendapatkan keberkesanan menjadi letih dan sia-sia sahaja.

Oleh yang demikian ternyata sekali maju dan mundurnya sesuatu urusan dimasa kini selain perancangan, strategi dan sebagainya, peralatan juga memainkan peranan yang sangat besar dalam meninggalkan kesan serta impaknya kepada sesuatu perkara yang kita lakukan..

Rasional Penggunaan Alat ( Alat Bantuan Mengajar/ABM).

       Pengajaran dan pembelajaran merupakan soal pokok atau asas bagi sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu pula bergantung kepada cara penyampaiannya kepada murid-murid di dalam kelas tersebut.

Penggunaan alat bantuan mengajar memainkan peranan yang besar serta penting bagi keberkesanan dalam menyampaikan sesuatu pelajaran. Guru yang mengajar tanpa alat bantuan mengajar seperti carta, modul, cd, laptop dan sebagainya sudah tentu tidak dapat meninggalkan pelajaran yang berkesan kepada murid-muridnya.  

Permasalahan murid menguasai sesuatu kemahiran juga bergantung kepada alat bantuan mengajar yang bukan sahaja digunakan oleh guru tetapi juga digunakan oleh murid. Data yang diperolehi dari sekolah masih ramai murid yang gagal membaca, menulis dan mengira dengan baik dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membenteras permasalahan ini. Bermula dengan program 3M, (Membaca , Menulis dan Mengira) diikuti dengan program KIA 2M (Kemahiran Intervensi Awal Membaca dan Menulis), LINUS (Literasi Numerasi Screening) dan sekarang KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) menjurus kepada “0 defect” untuk permasalahan ini. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui perlaksanaan program ini mensasarkan pada 2012 semua murid dapat menguasai asas dalam pelajaran iaitu membaca dan menulis dengan baik.

Bagi mencapai sasaran ini semua Guru Besar, Penolong Kanan serta guru telah diberikan taklimat dan kursus mengenai perkara ini. Pemantauan dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran giat dijalankan bagi memastikan program ini benar-benar terlaksana.

Memperkenalkan Alat Bantuan Mengajar (AVP 100SK Perspec).     

       Peranan individu dan juga pihak swasta dalam menggembeling idea dan teknologi dalam menjana pendidikan negara juga harus diambil kira kerana melalui pengalaman, pengamatan dan kajian dapat menghasilkan pelbagai produk pendidikan yang boleh membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

       Syarikat CIE Network Sdn Bhd tidak ketinggalan dalam arus perkongsian menjana pendidikan pintar dan membantu meringankan beban tugas guru dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan Alat Bantuan Mengajar AVP 100 SK Perspec  yang pertama di Malaysia dan telah mendapat pengikhtirafan serta diperakui oleh Pusat Pembangunan Kurikulum KPM (KP(PPK) 900-1/1 Jld 6 (77) berperanan “friendly user”  sangat membantu guru dalam menyediakan P & P.

       Alat ini merupakan ciptaan inovatif syarikat kami yang menghasilkan peralatan yang serbaguna tanpa ada kesukaran mengendalikannya dan tidak perlu kepada penjagaan, servis dan  sebagainya. Perisian pembelajaran pula telah sedia ada dan jika guru memerlukan perisian tambahan, alat ini mampu digunakan bersama “pendrive”,

       Alat ini selain boleh disambung kepada televisyen ia juga boleh disambung kepada “Projector   LCD” tidak kira versi apa pun.  Penyediaan bahan P & P oleh guru tidak kira menggunakan apa jenis komputer pun, alat ini masih mampu di gunakan juga. Penggunaan “Laptop banyak bergantung pada versi “Projector LCD” yang sesuai dan ini menimbulkan masalah pada guru-guru di sekolah. Penggunaan Alat AVP 100SK Perspec  dapat menyelesaikan permasalahan ini dan secara tidak langsung mengurangkan “stress” guru dalam menyediakan P & P.

       Selain digunakan untuk P & P alat ini berkemampuan digunakan bersama “pendrive” untuk lain-lain tujuan seperti mesyuarat, menjalankan kursus, melatih murid dalam ko-akademik dan sebagainya.

       Alat ini juga mudah dikendali oleh sesiapa sahaja dan penggunaannya tidak terhad kepada murid tertentu. Perisiannya boleh digunakan juga oleh Kelas Pemulihan Khas, Pendidikan Khas dan juga Prasekolah. Melalui penyediaan mengggunakan “pendrive” guru-guru yang mengajar subjek lain boleh menggunakan alat ini juga.

       Selain melakukan P & P dengan yakin dan mudah jika menggunakan alat ini, proses menta’kul, menganalisa, mengkritik, berfikir dan lain-lain kemahiran lagi seperti yang terdapat dalam objektif P & P dapat dilakukan, pengajaran secara berkumpulan dan ‘interactive fun learning’ juga boleh dilakukan dengan mudah.  

     Konsep “The Right Brain” yang menjadi asas kepada perisian ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam pembelajaran murid di dalam kelas. Satu lonjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran murid jelas terlihat jika alat ini digunakan dalam P & P.  

Penutup.

Kami dari CIE Network Sdn Bhd pada bila-bila masa bersedia membantu dan membuat demo penggunaan alat ini kepada semua pendidik dan individu yang ingin tahu dan menyumbangkan/membeli untuk kegunaan guru dan murid kepada sekolah-sekolah bagi meningkatkan prestasi guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting ialah melakukan lonjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran. 

Pertama di Malaysia

Sesuai untuk :
KSSR,
LINUS,
Prasekolah,
Pemulihan Khas
Pendidikan Khas
Pertama di Malaysia
Diperakui oleh PPK KPM
KP (PPK) 900-1/1 Jld 6 (77)

KEISTIMEWAAN ABM
-Ringan & mudah dipasang
-Mudah dikendalikan (bukan alat ICT)
-Jimat masa & tenaga
-Dikendalikan guna alat kawalan jauh
-Boleh dipasang pada TV & LCD
(projector)
-”Pen-drive” boleh digunakan
-Built-in pemancar “Wireless Headset”
-P & P berasaskan kaedah ABLE
(Accelerated Brain-based Learning)
QQ截图20140726120351

Learners’ Styles (V.A.K.)
Visual : Learning through seeing
Auditor y : Learning through hearing
Kinesthetic: : Learning through
physical activities and direct involvement.
 
29% Visual
34% Auditory
37% Kinesthetic
70% of our our body’s sensory
located in our eyes

AVi Stimulation Strategy
1. Registration (Mind)
2. Audio Visual (AV) Stimulation
3. Search through Interaction (I)
 
Strategy:
Tap the right brain
Double the speed
Result =>
Less than ½ the time
More than 2X the content
receptors are
direct involvement.
in our eyes

Outcome
Children will be developed with the
following abilities and skills:
 
Full (Brain) Capacity
Full Brain (Left + Right)
 
Sensory
• Speed seeing, hearing,
• Speed response
• Speed reading, listening

Attributes
Curiosity, Creative
Memory, Concentration
 
Skills (Thinking)
Observing, Classifying,
Comparing, Coding, Encoding,

TESTIMONIAL AVP PERSPEC

MALAYSIA

Saya Sharifah Nor Aisikin Binti Syed Omar dari Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak. Saya telah menggunakkan alat AVP secara sepenuh masa selama setahun. Pada waktu itu saya mengajar di tahun 1 dan saya masih lagi menggunakannya. Saya dapati alat ini sangat membantu saya selama saya di dalam kelas.Ianya juga dilengkapi dengan headset yang boleh digunakan secara berasingan. Penggunaannya di dal am kelas dapat memudahkan pembelajaran kerana saya boleh menggunakan pelbagai sumber bagi mengoptimumkan pembelajaran. Murid-murid lebih berminat untuk belajar kerana saya menggunakan internet sebagai medium utama pembelajaran .Banyak bahan-bahan pembelajaran boleh diambil dari pelbagai sumber di internet .Kini teknik pembelajaran yang pelbagai membolehkan saya mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan berkesan . Murid tertunggu-tunggu mata pelajaran BI.Mereka menyanyi ,menari ,membaca,belajar ‘phonics” dengan lebih mudah. Saya akan memuat turun program di internet ke AVP dan menggunakan “thumbdrive” .Data yang disimpan membolehkan saya menggunakanya secara berulang-ulang . Saya merasa kurang tertekan kerana bahan dapat disediakan lebih awal. Penggunaan internet juga memastikan pelajar “melekat” di kerusi mereka berbanding dengan penggunakan kaedah pembelajaran “chalk and talk”. Perubahan besar yang dapat dilihat adalah pelajar lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga kurang malu untuk melakukan gerakan sewaktu menyanyi. Penggunaan ‘headset” juga membolehkan murid fokus kepada pelajaran yang diajar ini kerana gangguan luar dapat dihalang..AVP juga sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Walaupun begitu kekangan yang saya hadapi adalah faktor masa. Alat ini hanya boleh digunakan menggunakan ‘thumbdrive”. Guru perlu memuat turun bahan lebih awal . Pengurusan alat juga perlu dipelajari. Sharifah Nor Aisikin Binti Syed Omar Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak"

 "Ruzita Bt Mohamad Yusoh, SK Taman Desa 2, Bandar country Homes, 48000 Rawang Selangor. Saya telah menggunakan alat AVP Persect untuk pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni untuk murid Pendidikan Khas.Saya dapati alat ini amat sesuai dan membantu murid Pendidikan Khas untuk lebih memberi tumpuan dan memahami pelajaran. Murid menjadi lebih fokus dan meminati sepanjang proses P& P berjalan. Kaedah ini merupakan satu tranformasi dalam pendidikan dan amat sesuai untuk murid Pendidikan Khas Alat ini menjadikan proses P&P lebih menyeronokkan dan dapat menarik minat murid..di samping itu alat ini juga menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif mencari bahan-bahan untuk prose pengajaran dan penbelajaran. Sekian terima kasih"

"Salam Terima kasih, kerana mencipta alat untuk kelas pemulihan dan LINUS ini. Alat ini banyak membantu dalam proses pnp saya. Murid-murid sangat teruja setiap kali saya menggunakan alat ini. tq En Bob kerana menyelesaikan masalah saya. Rafini Ramli SK Puncak Alam 2."

 "Zaharah binti Hurmin, TABIKA KEMAS, Tunas Cemerlang Kampung Setia, Kuang. Selangor. 4hb Julai 2012 Kepada CIE Network Sdn Bhd, ALAT BANTUAN MENGAJAR (ABM) AVP 100SK PERSPEC. Dimaklumkan bahawa saya sehingga sekarang telah menggunakan alat bantuan mengajar inI dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati alat ini benar-benar membantu guru dan murid untuk cepat mempelajari proses p & p. Alat ini juga dengan menggunakan ‘headset’ telah membantu murid saya dalam aktiviti seperti nasyid dan telah menjadi johan dalam pertandingan nasyid daerah Gombak baru-baru ini. Saya berpendapat adalah baik jika semua tadika dapat menggunakan alat ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak-pihak yang berwajib dicadangkan supaya dapat melihat fungsi dan keberkesanan alat ini. Sekian, terima kasih. Zaharah Hurmin. Guru TABIKA KEMAS."

  QQ截图20140726120351

QQ截图20140726120351

INDONESIA 

ABM Perspec yang bapak kenalkan ke sekolah kami, menurut saya termasuk program yang bagus sekali dalam mengembangkan kemampuan vocabularies anak-anak dan media yang dipakai tidak terlalu sulit untuk digunakan.  (Cikgu Tadika)

QQ截图20140726120351

contra 0Report 0 Favorites 0 comment 0
Contact
  • ContactsChin Kim Yew(Mr.)    
  • member [Be a friend] [Send mail]
  • E-mail
  • Telephone
  • Fax
  • AreaMalaysia Kuala Lumpur
  • AddressNo.1A, Jalan SA 1, Sri Aman Heights, Sungai Buloh, 47000 Selangor.
  • Zip Code52200
  • BusinessEducation | Alat Bantuan Mengajar
  • Company TypeSdn Bhd
  • Registered Year2000
  • Sell GoodsEducation | Alat Bantuan Mengajar
  • Buy GoodsEducation | Alat Bantuan Mengajar
网站首页  |  Copyrights  |  Terms of Use  |  Contact Us  |  User Guide  |  About us  |  网站地图  |  排名推广  |  广告服务  |  网站留言  |  RSS订阅  |  违规举报